4 Arahan Pengguna
Periksa Sebelum Setiap Penggunaan
1 Unit sedutan tidak boleh dalam keadaan rosak.
2 Unit sedutan hendaklah dalam keadaan yang bersih.
3 Semua bahagian hendaklah dipasang dengan betul (Kanister,
Tiub dan lain-lain).
4 Periksa bahawa kateter sedutan dipasangkan pada tiub sedutan
pesakit atau penyesuai sedutan. Jangan gunakan tiub sedutan atau
penyesuai sedutan tanpa memasang kateter sedutan.
5 Lakukan Ujian Peranti selepas setiap pemasangan semula (lihat
Bab 6).
6 Periksa tahap Bateri: Semasa melakukan Ujian Peranti, tahap
Bateri sepatutnya tidak menyala berwarna MERAH. Jika tahap
Bateri menyala berwarna MERAH, Bateri hendaklah dicas.
Lihat Arahan Pengecasan (Bab 5).
Perhatian
Sentiasa simpan Kanister tambahan untuk menangani keadaan
jika Kanister diisi sepenuhnya, atau unit tercondong ke sisi
dan Penapis menjadi tepu lalu menghentikan sedutan/aliran.
Amaran
Jika Kanister semakin penuh dan mekanisme penutupan
diaktifkan, tetapi anda tiada Kanister tambahan untuk
membuat penggantian segera, tutup LCSU 4 dan
gunakan kaedah alternatif menurut protokol setempat
untuk mengosongkan saluran udara pesakit. Usaha yang
berterusan untuk menyedut menggunakan kanister yang
penuh boleh menyebabkan limpahan yang akan menghalang
penyedutan, merosakkan pam, membatalkan waranti unit
dan mengakibatkan masa rosak yang berpanjangan.
Panel Kawalan dan Simbol Penunjuk
HIGH VACUUM - HIGH FLOW
Compact Suction Unit 4
mmHg
50 100 150 200 250 300 350 400 450 500 550
Tetapan Tahap Sedutan
Tetapan Tahap Sedutan
•
Skala menyala berwarna 'Hijau' bagi menandakan tahap
kekuatan vakum/sedutan
•
Kawasan 'Biru Muda' menandakan tahap sedutan yang
berkurangan untuk bayi dan kanak-kanak kecil
LED mempunyai dua tahap kecerahan. Separa menyala
menunjukkan tahap vakum separuh jalan, contohnya,
175 ditunjukkan dengan LED 150 menyala sepenuhnya dan
LED 200 menyala separa.
190
Suis HIDUP/MATI
Kuasa luaran
disambungkan
Bateri
mengecas
Bateri lemah
Amaran
Jika simbol Bateri Lemah menyala, tukar kepada sumber
kuasa luaran dengan segera bagi mencegah gangguan
operasi. Jika LCSU 4 tidak menerima kuasa luaran, penunjuk
Bateri Lemah akan kekal menyala dan prestasi unit akan
merosot dengan cepat membawa kepada penutupan LCSU 4
sepenuhnya.
Pilihan Sumber Kuasa
Operasi Bateri Dalaman
LCSU 4 dilengkapi dengan Bateri dalaman, NiMH 12 V 1.6 Ah.
LCSU 4 akan dijalankan menggunakan kuasa bateri, kecuali
disambungkan pada kuasa luaran. Mencabut palam sumber kuasa
luaran semasa unit dijalankan akan menghentikan operasi unit
tersebut. Untuk memulakan semula, tekan suis hidup/mati.
Sumber Kuasa Luaran
LCSU 4 boleh dijalankan daripada kuasa luaran menggunakan
Pengecas Penyesuai AC/DC yang disertakan. Pasangkan
penyambung DC Pengecas Penyesuai AC/DC ke dalam
Sambungan Input Kuasa DC 12V LCSU 4. Pasangkan palam
AC pada soket kuasa sesalur. Penyesuai menjadi hangat apabila
digunakan dan itu merupakan perkara yang normal.
Pengecas Penyesuai AU/AT (No. Kat. 886111)