Download Inhoudsopgave Inhoud Print deze pagina

Penerangan Dan Penggunaan Yang Dimaksudkan; Penggunaan Yang Dimaksudkan; Langkah Waspada Dan Amaran; Waranti Terhad - Laerdal LCSU 4 Gebruiksaanwijzing

Inhoudsopgave

Advertenties

Beschikbare talen
  • NL

Beschikbare talen

  • DUTCH, pagina 87

Penggunaan yang Dimaksudkan

LCSU 4 ialah peranti sedutan perubatan mudah bawa yang menggunakan kuasa elektrik dan dimaksudkan untuk kegunaan lapangan
dan pengangkutan. Peranti ini dimaksudkan untuk pengendalian secara berselang-seli bagi membuang rembesan, darah atau muntah
daripada saluran udara pesakit supaya pengudaraan dapat berlaku. Tahap vakum yang lebih tinggi pada umumnya dipilih untuk
sedutan orofarinks, manakala tahap vakum yang lebih rendah lazimnya dipilih untuk penyedutan trakea serta penyedutan pada
kanak-kanak dan bayi.
Perhatian
Jangan gunakan unit ini sehingga anda telah membaca dengan teliti dan memahami sepenuhnya Panduan Pengguna ini. Hubungi
Laerdal Medical atau pengedarnya yang berdaftar untuk mendapatkan maklumat tambahan jika perlu.
Gunakan aksesori Laerdal sahaja yang dibekalkan secara terus oleh Laerdal Medical atau salah satu pengedarnya yang berdaftar
bagi memastikan LCSU 4 beroperasi dengan berkesan.
Apabila menggunakan LCSU 4 di rumah, berwaspadalah supaya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Jangan simpan LCSU 4 bersebelahan dengan pemanas.

Langkah Waspada dan Amaran

Langkah Waspada
Gunakan kanister, tiub dan aksesori yang diluluskan untuk peranti oleh Laerdal Medical sahaja.
LCSU 4 tidak sesuai digunakan jika terdapat cecair atau gas yang mudah terbakar; bahaya letupan atau kebakaran.
Jangan gunakan LCSU 4 dalam keadaan persekitaran di luar julat yang dinyatakan.
Kemasukan bahan yang disedut ke dalam pam boleh merosakkan peranti dan/atau menyebabkan peranti tidak dapat beroperasi.
Jika disyaki telah berlaku penyedutan cecair daripada Kanister atau pesakit ke dalam pam, jangan gunakan LCSU 4. Hubungi
Laerdal Medical atau pengedar anda yang berdaftar untuk mendapatkan nasihat.
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak diluluskan secara nyata oleh Laerdal Medical boleh membatalkan hak pengguna
untuk mengendalikan peralatan.
Undang-undang persekutuan (AS) mengehadkan LCSU 4 kepada penjualan oleh atau atas arahan pakar perubatan atau pihak
berkuasa perubatan berlesen yang lain.
Amaran
Ikuti protokol tempatan untuk peranti sedutan sandaran.
Jangan sekat tiub pesakit berulang kali selama lebih daripada 10 saat pada satu-satu masa pada tahap vakum yang melebihi 300
mmHg.
LCSU 4 hendaklah digunakan oleh individu yang telah dilatih untuk menggunakan peralatan penyedutan perubatan sahaja, dan
mengikut protokol tempatan.
Percubaan servis, pembukaan atau pengubahan yang tidak dibenarkan terhadap LCSU 4 atau komponen elektriknya boleh
merosakkan atau menyebabkan peranti tidak dapat beroperasi, dan akan membatalkan Waranti Terhad.
No. Kat. 880052/880062 diluluskan menurut RTCA/DO-160G Bahagian 21 Kategori M tetapi terhad kepada penggunaan
operasi bateri sahaja. Penggunaan pengecas Penyesuai AU/AT (No. Kat. 886111) atau Kord Kuasa AT (No. Kat. 884500) untuk
pengecasan atau operasi di dalam pesawat hendaklah dielakkan.
No. Kat. 880051/880061 tidak diluluskan untuk digunakan di dalam pesawat.
Tidak dimaksudkan untuk penggunaan dalam persekitaran MRI.
Putuskan sambungan LCSU 4 daripada kuasa luaran sebelum menjalankan pembersihan.
Barang guna habis adalah untuk penggunaan pesakit tunggal sahaja. Jangan gunakan semula. Penggunaan semula akan
menyebabkan peningkatan risiko pencemaran silang, penyusutan prestasi dan/atau pincang tugas peranti. Laerdal tidak
bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat penggunaan semula.

Waranti Terhad

LCSU 4 dilengkapi dengan waranti terhad selama dua (2) tahun, tidak termasuk Kanister, Sistem tetiub dan Bateri. Rujuk Waranti
Global Laerdal untuk mengetahui terma dan syarat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.laerdal.com. Waranti Bateri
adalah selama 90 hari. Laerdal tidak menyediakan Alat Ganti untuk produk ini. Tidak termasuk Bateri dalaman, tiada alat ganti yang
boleh diservis oleh pengguna/boleh diganti oleh pengguna di dalam Unit Utama LCSU 4.

2 Penerangan dan Penggunaan yang Dimaksudkan

187

Advertenties

Inhoudsopgave
loading

Inhoudsopgave